Kadang-kadang kita rasa pasangan kita mampu buat kita bahagia, setia, jujur dan menghormati kita. Tapi kita ada terfikir tak yang pasagan kita tu mugkin sedang menipu kita? Berlaku curang? Memburukkan kita?..Semua itu kita tak tahu. Apa yang saya tahu setiap perbuatan yang kita lakukan ada balasan dari-Nya. Jadi bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga".
Jadinya ni saya nak kongsi satu story yang berkisahkan seperti diatas...
Saya namakan si gadis sebagai Cik A dan si jejakanya En.B ...
Kisahnya bermula apabila Cik A ni yang masih single dan masih lagi belajar bertemu dengan En.B ni melalui kawan-kawan Cik A. Sebabnya kawan-kawannya nak jugak la Cik A ni bahagia katanya. Pada mulanya masing-masing tak suka antara satu sama lain. Yang kononnya Cik A ni sombong, yang En.B ni muka tak manis n buat muka macam tak suka. Lama lepas kejadian perjumpaan itu, En.B ni call Cik A yang dalam perjalanan balik ke kampung halamannya. Cik A ni terkejut gak la mula-mulanya, tapi control nebesnya sepanjang perbualan. Lepas tu, diorang mula kenal antara satu sama lain dan apa jadinya lepas tu? En.B tak melamar jadi isteri pon lagi, tapi hubungan diorang ni jadi serius sampai ahli keluarga masing-masing pun dah tahu n kenal. Diorang ni pon masing-masing dah plan nak tamatkan zaman bujang masing-masing bila Cik A ni abis belajar.
Kebahagiaan yang diorng rasa tu tak lama bila abang Cik A ni tak restui hubungan diorang. Kata abangnya, En.B ni tak jujur dengan Cik A selama ni.
Sediah lak bila dengar macam tu kan. Tapi itu adalah hakikatnya apabila Cik A sendiri call orang yang ketiga itu, yang nombornya berjaya dicuri dari tepon En.B..Terkejut tak terkejut jugak la sebab bila Cik A tanya si gadis itu bila korang kenal. Rupa-rupanya dah lama, sebelum En.B kenal Cik A lagi diorang ni adalah kekasih.Glupppp...Agak lama juga Cik A dan En.B gaduh dan En.B banyak kali minta maaf diatas apa yang berlaku. Lama lepas tu, Cik A yang baik hati memaafkan En.B sebab katanya sayang dan dia boleh berubah.Kiranya peluang kedua. Maka peluang yang diberi disalahgunakan dan En.B mengulangi kesilapan yang sama sampai Cik A tak percaya dah pada En.B..Hubungan diorang lepas itu? Masih lagi tetapi diorang terputus apabila En.B outstation selama hampir setahun lebih sebabnya En.B dah ada yang lain. Tapi masih menafikan bila Cik A ni tanya. Baru bab menafikan belom lagi bab En.B membuat cerita pada seorang hamba Allah yang En.B kenal dari FB. Ceritanya yang diorang putus sebab Cik A ni tak faham dia, tak datang melawat keluarganya masa ibunya meninggal dan macam-macam lagi la. Macam mana Cik A ni tahu, hamba Allah tu kawan Cik A tu sendiri dan dia pon tak tahu yang dia kenal dalam FB selama ni adalah kekasih Cik A.
Bertahun diornag putus dan diorang bertemu balik pada bulan puasa. En.B minta maaf dan nak memulakan balik hubungan itu tapi Cik A takut untuk kata kan ya. Cik A takut untuk rasa sakit hati, sedih, kecewa lagi tapi entah macam mana, hubungan diorang mekar balik macam dulu. Harapan Cik A, En.B adalah jejaka yang telah berubah. Part ni saya rasa paling sedih bila ada seorang kenalan En.B tanya "You dah ada girlfiend". Jawab En.B "Belom. Special belom ada lagi la..nak kawan ja dulu dan senang kalau kawan-kawan ja..tak ada commitment apa-apa lagi". Hancur hati Cik A bila diberitahu macam tu..En.B yang memberi harapan tetapi En.B juga musnahkan. Bak kata Ustaz Azhar Idrus:
- Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
- Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
- Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
- Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
- Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
- HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
Kepada Cik A, besabar banyak-banyak. Mungkin dia bukan yang terbaik buat anda. Apa yang berlaku ada hikmahnya. What you give, you will get back. Allah ada, Dia sentiasa bersama..Biar Allah saja yang mengadilinya.
Sama-samlah kita muhasabah diri. Bila Allah tidak memberikan apa yang kita minta, bersabarlah. Bahkan, bergembiralah kerana di sana ada CINTA-NYA.
No comments:
Post a Comment