Monday, 23 July 2012

Disebalik kasihnya

Kadang-kadang kita rasa pasangan kita mampu buat kita bahagia, setia, jujur dan menghormati kita. Tapi kita ada terfikir tak yang pasagan kita tu mugkin sedang menipu kita? Berlaku curang? Memburukkan kita?..Semua itu kita tak tahu. Apa yang saya tahu setiap perbuatan yang kita lakukan ada balasan dari-Nya. Jadi bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga". 

Jadinya ni saya nak kongsi satu story yang berkisahkan seperti diatas...
Saya namakan si gadis sebagai Cik A dan si jejakanya En.B ...
Kisahnya bermula apabila Cik A ni yang masih single dan masih lagi belajar bertemu dengan En.B ni melalui kawan-kawan Cik A. Sebabnya kawan-kawannya nak jugak la Cik A ni bahagia katanya. Pada mulanya masing-masing tak suka antara satu sama lain. Yang kononnya Cik A ni sombong, yang En.B ni muka tak manis n buat muka macam tak suka. Lama lepas kejadian perjumpaan itu, En.B ni call Cik A yang dalam perjalanan balik ke kampung halamannya. Cik A ni terkejut gak la mula-mulanya, tapi control nebesnya sepanjang perbualan. Lepas tu, diorang mula kenal antara satu sama lain dan apa jadinya lepas tu? En.B tak melamar jadi isteri pon lagi, tapi hubungan diorang ni jadi serius sampai ahli keluarga masing-masing pun dah tahu n kenal. Diorang ni pon masing-masing dah plan nak tamatkan zaman bujang masing-masing bila Cik A ni abis belajar.
Kebahagiaan yang diorng rasa tu tak lama bila abang Cik A ni tak restui hubungan diorang. Kata abangnya, En.B ni tak jujur dengan Cik A selama ni.

Sediah lak bila dengar macam tu kan. Tapi itu adalah hakikatnya apabila Cik A sendiri call orang yang ketiga itu, yang nombornya berjaya dicuri dari tepon En.B..Terkejut tak terkejut jugak la sebab bila Cik A tanya si gadis itu bila korang kenal. Rupa-rupanya dah lama, sebelum En.B kenal Cik A lagi diorang ni adalah kekasih.Glupppp...Agak lama juga Cik A dan En.B gaduh dan En.B banyak kali minta maaf diatas apa yang berlaku. Lama lepas tu, Cik A yang baik hati memaafkan En.B sebab katanya sayang dan dia boleh berubah.Kiranya peluang kedua. Maka peluang yang diberi disalahgunakan dan En.B mengulangi kesilapan yang sama sampai Cik A tak percaya dah pada En.B..Hubungan diorang lepas itu? Masih lagi tetapi diorang terputus apabila En.B outstation selama hampir setahun lebih sebabnya En.B dah ada yang lain. Tapi masih menafikan bila Cik A ni tanya. Baru bab menafikan belom lagi bab En.B membuat cerita pada seorang hamba Allah yang En.B kenal dari FB. Ceritanya yang diorang putus sebab Cik A ni tak faham dia, tak datang melawat keluarganya masa ibunya meninggal dan macam-macam lagi la. Macam mana Cik A ni tahu, hamba Allah tu kawan Cik A tu sendiri dan dia pon tak tahu yang dia kenal dalam FB selama ni adalah kekasih Cik A.

Bertahun diornag putus dan diorang bertemu balik pada bulan puasa. En.B minta maaf dan nak memulakan balik hubungan itu tapi Cik A takut untuk kata kan ya. Cik A takut untuk rasa sakit hati, sedih, kecewa lagi tapi entah macam mana, hubungan diorang mekar balik macam dulu. Harapan Cik A, En.B adalah jejaka yang telah berubah. Part ni saya rasa paling sedih bila ada seorang kenalan En.B tanya "You dah ada girlfiend". Jawab En.B "Belom. Special belom ada lagi la..nak kawan ja dulu dan senang kalau kawan-kawan ja..tak ada commitment apa-apa lagi". Hancur hati Cik A bila diberitahu macam tu..En.B yang memberi harapan tetapi En.B juga musnahkan. Bak kata Ustaz Azhar Idrus:
  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
Kepada Cik A, besabar banyak-banyak. Mungkin dia bukan yang terbaik buat anda. Apa yang berlaku ada hikmahnya. What you give, you will get back. Allah ada, Dia sentiasa bersama..Biar Allah saja yang mengadilinya.

Sama-samlah kita muhasabah diri. Bila Allah tidak memberikan apa yang kita minta, bersabarlah. Bahkan, bergembiralah kerana di sana ada CINTA-NYA.

 

Saturday, 21 July 2012

1st Ramadhan

Hari pertama puasa dirantauan..uuwaaaaa :'(  Tapi saya ada kakak disini Demam dah semakin surut yang tinggal sekarang ni higuih ja. Pasal hidung tak payah cakap la, memang pedih tambah-tambah bila nak lap higuihnya..Semoga cepat sembuh ya diri sendiri..

Okeh kita cerita pasal hari pertama Ramadhan. Semua orang sibuk masak waktu malam untuk bersahur pada esok hari termasuk lah saya sendiri. Lauk yang saya masak ni beli kat kedai ja, balik cuma hangatkan ja. Dikira masak la tu..hehe..Pagi sebelum bersahur, saya tak boleh nak tidor takut tak terbagun. Lagi pon excited sebenarnya nak bersahur ni. Mana tidaknya nak tengok rancangan kat TV pepagi..Kalau dulu ceramah pagi Dr. Fadzilah Kamsah. Oleh kerana dah makan ubat selsema, terlelap jugak la akhirnya lepas tu walaupun lagi berapa jam ja nak bagun bersahur. Sedar-sedar macam dah pagi. Apa lagi kelam kabut dibuatnya. Tengok jam -_- baru pukul 4, cahaya lampu rupanya. Tak boleh tidor dah la lepas tu, bangun terus siap apa yang patut. Tu la, kakak dah pesan tidor awal tak nak dengar cakap.

Apa pon selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan. 

Friday, 20 July 2012

Everythig about me

New day has come.. hehe..sama juga macam blog ini.. Kekerapan yang bakal berlaku, senang cakap, kekerapan yang bakal ditulis ditaip segala di di dalam blog ni tak tahu lah. Bergantung kepada tahap kerajinan yang ada dan tahap kecerdasan untuk menaip segala bagai.. :P 

 Saya tiada binatang peliharaan walaupun I'm a pet lover. Mungkin bukan sekarang tapi dah aim satu yang bakal dibela dengan penuh kasih sayang ^_^ wee~~ 
Jadi, sapa yang bela haiwan ni akan menjadi sasaran lah, terutamanya kucing sebab sangat cute miut. 
 
Mom's cook. Tu tak boleh nak cerita macam mana punya sodap sampai setiap balik cuti mesti menjadi satu kewajipan berat badan akan naik.. Bravo :P  Suka tengok cerita kartun and otak pon macam kartun.Boleh ka macam tu? Segala cerita boleh dilayan even ada yang rasa saya tak layan sesetengah cerita, well. But, thanks for sharing kepada yang berkenaan^_^ xoxo 

 Aktiviti tak payah nak cakap, memang banyak sekarang ni terutama outdoors activity. Jangan risau, semua akan dikongsi, jadi boleh la pilih sukan jenis macam mana kita rasa boleh. Photography part of my life dan sejak bila, hanya yang tahu tu tahu la. Melukis ni dari kecik lagi dan sumber inspirasi saya adalah jeng jeng..nanti takut dia marah kalau cakap.  
 
  Perancangan masa hadapan tu ada, insyaallah ada rezeki ada la. Kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Allah knows what is the best for me. I've learned that things change, people change, and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up. It simply means you move on and treasure the memories.  Letting go doesn't mean giving up, it means accepting that some things weren't meant to be.  Allah sentiasa bersamaku.