Hari pertama puasa dirantauan..uuwaaaaa :'( Tapi saya ada kakak disini Demam dah semakin surut yang tinggal sekarang ni higuih ja. Pasal hidung tak payah cakap la, memang pedih tambah-tambah bila nak lap higuihnya..Semoga cepat sembuh ya diri sendiri..
Okeh kita cerita pasal hari pertama Ramadhan. Semua orang sibuk masak waktu malam untuk bersahur pada esok hari termasuk lah saya sendiri. Lauk yang saya masak ni beli kat kedai ja, balik cuma hangatkan ja. Dikira masak la tu..hehe..Pagi sebelum bersahur, saya tak boleh nak tidor takut tak terbagun. Lagi pon excited sebenarnya nak bersahur ni. Mana tidaknya nak tengok rancangan kat TV pepagi..Kalau dulu ceramah pagi Dr. Fadzilah Kamsah. Oleh kerana dah makan ubat selsema, terlelap jugak la akhirnya lepas tu walaupun lagi berapa jam ja nak bagun bersahur. Sedar-sedar macam dah pagi. Apa lagi kelam kabut dibuatnya. Tengok jam -_- baru pukul 4, cahaya lampu rupanya. Tak boleh tidor dah la lepas tu, bangun terus siap apa yang patut. Tu la, kakak dah pesan tidor awal tak nak dengar cakap.
Apa pon selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga
Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan.

No comments:
Post a Comment